Friday, March 20, 2009

Prangin Mall that not so Prangin'NAN'...

Seperti kisah yang terdahulu yang telah kami sediakan sebelum ini, pelbagai pusat membeli belah telah kami senaraikan sebagai pedoman kepada anda semua dalam melihat dan melniliti tahap penglibatan mereka dalam isu persekitaran dan kitar semula...
jadi apakah keputusan anda..?huhu..

Sekarang kami nak memulakan pulak dengan kisah kompleks Prangin Mall. Prangin Mall ini merupakan salah sebuah pusat membeli belah yang terletak betul-betl ditengah2 bandaraya Georgetown. Ia terletak bersebelahan dengan bangunan KOMTAR yang paling tinggi kat Penang nie. Prangin Mall ini merupakan Pusat membeli belah yang boleh dikatakan popular la jugak tapi tidak la sama standard dengan Gurney Plaza dan Queensbay Mall.

Prangin Mall mempunyai keadaan dan infrastruktur yang agak sama dan serupa dengan Komplek Bukit Jambul. Jadi korang semua boleh la menentukan apakah standard dia k... Jadi berbalik kepada pemerhatian kami secara luaran terhadap cara pengurusan sisa buangan oleh Kompleks Prangin Mall. Ia boleh dikatakan agak sama dengan apa yang berlaku di Kompleks Bukit Jambul. Namun mereka melakukan dengan lebih baik daripada Kompleks Bukit Jambul. Lokasi Mr. Big mereka diletakkan betul-betul berhadapan dengan jalan utama yang digunakan oleh orang ramai. Hal ini bukan sahaja menyakitkan mata tetapi juga mengganggu hidung orang ramai yang lalu lalang disitu.

seperti yang diketahui umum, orang ramai juga mengunakan kawasan tersebut sebagai kawasan perhentian teksi dan ia juga berhampiran dengan hentian bas utama orang ramai.
Sebenarnya pihak pengurusan seharusnya memikirkan hal ini sebagai salah satu langkah pengurusan Tanggungjawab Sosial Korporat( CSR) yang harus dititik beratkan dalam memberi khidmat kepada masayarakat. Hal ini adalah penting bagi meningkatkan imej Prangin Mall dalam mengorak langkah bersaing dengan Kompleks membeli-belah yang lain di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment