Wednesday, March 18, 2009

Queensbay Mall yang Grand..!!!

Berdiri nya satu Kompleks membeli belah yang satu nie memang ditunggu2 oleh segenap lapisan masyarakat di Pulau Pinang. well, mana tidaknya.. dia kan merupakan salah sebuah pusat membeli belah yang terbesar di Malaysia.. kalau sesiapa yang pernah sampai kat sini, sure macam nak tercabot kepala lutut bila nak habiskan satu pusingan jalan kt Queensbay tue... itu baru satu tingkat.. x termasuk 3 tingkat lagi... memang luas gila... ada macam2 kedai yang beast kt Qbay nie, kedai2 dia memang up to the standard macam Gurney Plaza dan KLCC...
Qbay nie terletak berhampiran dengan jalan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Dekat area kawasan perkilangan bayan lepas tue la... Yang paling penting, Qbay nie jugak amat berhampiran dengan USSM.. so Bebudak USM nie memang masa awal2 semester, banyak la yang dok berkeliaran kt sana... well Shopping la, aper lagi...

Berbalik kepada isu yang ingin kami bangkitkan disini adalah berkenaan pengurusan sisa buangan yang mereka lakukan dan pemerhatian kami adalah seperti berikut...

Qbay merupakan satu Kompleks membeli belah yang baru dan sistem pengurusan mereka adalah masih baru dan masih baik. jadi tak menjadi masalah yang besar bagi mereka untuk menguruskan sistem pembuangan sampah mereka...mereka mempunyai sistem pengurusan yang agak baik.. namun demikian, kami rasakan bahawa mereka tidak mempunyai cukup tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat pembuangan sampah...
hal ini demikian kerana, pada awal pemerhatian kami, kami mendapati terdapat tempat yang tertutup yakni tempat tertutup khas untuk membuang sisa2 pepejal sebelum ianya diangkut ke tempat lain untuk dilupuskan. Tempat tersebut merupakan tempat yang agak stategik kerana terletak jauh dari dari pandangan orang ramai. Jadi kesesuai itu memang sudah ada di sana... namu demikian.. apa yang menjadi kemusykilan disini adalah, terdapat beberapa tong sampah besar yang berada betul-betul dihadapan tempat pembuangan sampah ini. Pada pendapat kami, Tong sampah ini digunakan adalah untuk menampung sisa-sisa sampah yang begitu banyak dihasikan... dan hal ini memberikan satu pemandangan yang kurang elok...
tp apa ayng pasti disini, terdapt satu Mr. Tong sampah besar yang mempunyai tanda kitar semula di atasnya..!!
hal ini mengambarkan bahawa tong sampah besar ini hanya untuk barang2 yang boleh dikitar semula sahaja... bagus....!!!

No comments:

Post a Comment