Wednesday, April 1, 2009

tong SAMPAH Bank Islam USM...wah!!!!!!!

ini kisah benar, bukan rekaan semata-mata...ada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia... apalagi, hal yang berkaitan dengan tong sampah yang paling popular kat USM nie la....=.='''
BANK ISLAM USM
Siapa yang tidak kenal tong sampah yang saban hari asyik dok telan kertas penyata mesin ATM kat USM ni. huhu... tidak ku sangka, perkara ini langsung tidak mengubah persepsi pelajar USM tentang apakah yang dikatakan 'tong sudah penuh, jangan isi lagi' Pengurusan Bank Islam ini pun satu hal juga.

Kenapa mereka tidak cuba alternatif lain atau cuba letakkan beberapa tong sampah yang lain disekitar tempat mesin ATM tu. tidak la nampak sangat yang tong sampah yang satu jer menjadi tumpuan umum dan dipenuhi kertas-kertas yang boleh dikatakan pembaziran.


satu lagi hal, kenapa la tidak disetkan sahaja mesin tue untuk memilih sama ada nak keluarkan penyata atau tidak. kalau pengguna ada pilihan untuk memilih, kami rasakan mesti agak kurang orang untuk mencetak penyata yang tak seberapa penting tu. tamabahan pula mesti kos yang ditanggung oleh pengurusan Bank Islam akan berkurangan sebab tidak perlu lagi beli kertas untuk buat penyata yang akhirnya masuk ke tong sampah juga...

No comments:

Post a Comment